• Home
  • About
  • Tanya Saya…
  • Iklan Banner percuma
  • Archive Pages
  • Video Iklan
  • Mari Iklan
    • Cara post iklan.
    • Iklan Banner.
    • Iklan Baris Percuma.
  • September 6, 2010

Iklan OnlinE2U

Laman iklan online percuma untuk 1 Malaysia.

  • Laman Web Affiliate
  • Laman Web Jualan
  • Laman Web MLM
  • Laman Web Peribadi
  • Laman Web Syarikat
  • Laman Web Umum
  • Top
  • Uncategorized


You are here: Home / Archives for Zamri Nanyan

Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda? oleh Zamri Nanyan

October 15, 2009 by duitcyber Leave a Comment


Kebanyakan daripada usahawan yang baru menceburi bisnes internet ini mempunyai masalah untuk menghasilkan jualan.

Apabila laman web dibina dan promosi dilakukan, tiada jualan dapat dihasilkan walaupun anda tahu bahawa produk yang anda promosikan adalah hebat dan diperlukan oleh orang ramai.

Ini terbukti kerana kadang-kadang anda juga mempromosikan produk yang sama dengan orang lain tetapi mereka mendapat komisyen jualan yang tinggi. Anda sebaliknya tidak mendapat apa-apa.

Jika anda hendak tahu apakah rahsia di sebalik penghasilan jualan yang tinggi di internet, inilah beberapa kunci utamanya.

K-S-P

Saya terangkan kepada anda singkatan K-S-P yang saya maksudkan.

K = Kenal

S = Suka

P = Percaya

Saya pasti sekiranya anda dapat menguasai ketiga-tiga kunci ini, anda mampu menukarkan jualan sifar anda kepada jualan mega.

Baiklah, mari kita lihat apakah yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga kunci ini.

* Kenal

Pada mula anda mempromosikan sebarang produk atau servis, prospek yang melawati laman web anda akan mula bertanya kepada diri mereka sendiri. “Siapa yang menjual produk ini? Saya tak kenal pun beliau.”

Pada tahap ini, mereka akan mula mencari-cari jawapan kepada soalan “siapakah anda” untuk mengenali anda terlebih dahulu. Perkara ini penting kerana di internet, terlalu banyak penipuan dilakukan sehingga ada yang rugi ribuan ringgit.

Cara mudah untuk orang mengenali anda di internet ialah dengan mempunyai laman web profesional sendiri dan memperkenalkan diri anda seperti siapa nama anda, apakah bisnes yang anda jalankan dan jika anda ada gambar pejabat dan gambar anda sendiri, tidak salah untuk anda letakkannya di internet supaya prospek anda dapat membayangkan rupa anda dan juga bisnes yang anda jalankan.

Di atas sebab ini jugalah anda perlu mempunyai laman web profesional anda, dengan nama domain anda sendiri, dan bukannya laman web percuma daripada geocities.com atau tripod.com.

Mendapatkan sebuah nama domain dan laman web yang profesional adalah murah dan sangat mudah, sehingga saya sendiri pun tidak faham kenapa masih ramai lagi “usahawan” internet yang tidak mahu mendapatkannya (tetapi pada masa yang sama mereka mahu tampil profesional).

Dengan modal USD$10 (atau lebih kurang RM35), anda sudahpun boleh mendapatkan nama domain anda sendiri dan web-host untuk menempatkan laman web anda, dan seterusnya bina laman web profesional anda semestinya.

Ini laman web USD$10 yang saya maksudkan:
http://www.website.ws/duitcyber

Daftar dengan nama domain yang mempunyai nama anda sendiri seperti www.NamaAnda.ws pun sudah memadai untuk memulakan langkah prospek mengenali anda.

* Suka

Perkara seterusnya ialah cari cara bagaimana prospek anda boleh suka dengan anda dan juga perniagaan anda.

Dari sinilah pentingnya anda pandai membawa diri anda di internet. Sebagai contoh, anda boleh menyertai forum perbincangan online dan beramah mesra dengan ahli forum yang lain. Jangan sekali-kali bermusuhan dengan orang lain di internet semata-mata pandangan anda berbeza daripada pandangan mereka.

Komunikasi yang baik melalui email atau laman sosial yang lain (seperti Facebook, Friendster dan sebagainya) juga menambah markah yang baik untuk meningkatkan tahap orang menyukai anda.

Salah satu lagi cara mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan perisian yang dipanggil autoresponder untuk mendapatkan senarai nama dan email rakan-rakan internet anda.

Autoresponder ialah perisian email di mana anda boleh simpan nama dan email pelawat yang mengisi borang langganan di laman web anda ke dalam pangkalan data (database) yang disimpan di webserver. Seterusnya, anda boleh gunakan autoresponder untuk menghantar kepada semua email ini sekali gus sama ada pada masa yang anda tetapkan ataupun pada masa sekarang.

Anda tak perlu tahu terlalu mendalam bagaimana untuk memasang perisian ini kerana cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan autoresponder ialah dengan melanggan servis seperti yang ditawarkan oleh Aweber atau GetResponse.

Gunakan autoresponder untuk mengumpul senarai email rakan-rakan internet anda. Pada masa yang sama, selalulah berhubung dengan mereka melalui email dengan memberikan tip-tip mengenai produk atau bisnes anda ataupun sekadar untuk memberitahu perkembangan terbaru mengenai apa yang anda lakukan pada masa sekarang.

Dalam ertikata lain, anda mahu rakan-rakan internet anda ini kenal dan suka kepada anda.

Dan apabila orang sudah mengenali anda dan menyukai anda, barulah mereka akan sampai ke tahap seterusnya.

* Percaya

Di tahap inilah anda akan mula nampak hasil daripada usaha anda sebelum ini. Apabila anda menjual produk atau servis kepada “rakan-rakan” internet anda, ianya mudah untuk mereka membuat pembelian melalui anda.

Mereka sudahpun “Kenal, Suka dan Percaya” dengan apa yang anda tawarkan.

Bayangkan jika anda mempunyai 10,000 rakan di internet dan 2% daripada mereka membeli produk berharga RM50 yang anda tawarkan, ianya sudahpun memberi pulangan sebanyak RM10,000.

Ah, jangan kata ianya sesuatu yang mustahil kerana ianya telah pun dibuktikan keberkesanannya. Sebaliknya, anda halusi dahulu sebab kenapa anda tidak dapat hasil jualan yang memberansangkan.

Mungkin ianya disebabkan kekurangan K-S-P.

Walaubagaimanapun, anda boleh lihat di sini bahawa proses K-S-P yang saya maksudkan di sini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk anda capai. Jadi, inilah juga satu lagi rahsia jualan yang tersembunyi.

Anda perlu lakukan proses K-S-P ini secara konsisten dan persisten. Semakin lama anda berasa di dalam proses K-S-P ini, semakin kukuh anda membina tapak K-S-P anda.

Di sini juga saya seru kepada anda yang ingin membina bisnes internet supaya tidak cuma “hangat-hangat tahi ayam”. Lakukannya secara berterusan walaupun hasilnya sekarang tidak seberapa. 5 atau 7 tahun akan datang, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya dan saya berbesar hati untuk katakan “sama-sama” di atas ucapan “terima kasih” anda kerana artikel ini telah membuka minda anda tentang rahsia kejayaan jualan di internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/jaa82 untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Filed Under: Laman Web Affiliate Tagged With: bisnes internet, K-S-P., Zamri Nanyan

Please enter your username or e-mail address. You will receive a new password via e-mail.

Daftar iklan percuma.

A password will be e-mailed to you.


Lihat iklan terbaru melalui emel anda.

Add to Technorati Favorites    

Calender

September 2010
M T W T F S S
« Jul    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
WordPress Themes by StudioPress
Hyprobulksms

Top Views

  • Jom jejom usha kejap… mantap beb… - 33 views
  • Avail Beauty FC Bio Sanitary Pad - 18 views
  • Wang Hari-Hari Masuk Terus Dalam Akaun Bank Anda! - 15 views
  • BUAT DUIT MUDAH DAN LUMAYAN DENGAN HYPRO BULK SMS RM500-1000 SEHARI - 14 views
  • Modal hanya Rm10,tiada risiko,pulangan di jamin - 12 views
  • LAPORAN PERCUMA - 10 views
  • Hello world! - 10 views
  • MODAL SEDIKIT DAPAT RM13725+ WANG LAGI + BONUS + FREE DOWNLINE - 10 views
  • Cara mudah menambah ketinggian anda !!. - 8 views
  • KOLEKSI BUKU-BUKU TERHEBAT - 8 views
  • Rakan Niaga - 8 views
  • Klik Wang - 8 views
  • Dapatkan Panduan Promosi Perniagaan Terkini 2009 Percuma - 6 views
  • jom tukar kereta baru. - 6 views
  • Pad Herba Avail Beauty - 6 views
  • SATU CARA MENDAPATKAN PENDAPATAN DI INTERNET!!! - 6 views
  • INCOME TETAP MASUK WALAU TANPA TAJAAN - 6 views
  • 1Malaysiasms.com - 6 views
  • PASTI BERUNTUNG BESAR!!! - 6 views
  • Duitsms -RM10 sahaja. - 5 views
  • MESIN PENGGANDA WANG ANDA SECARA BERTERUSAN - 5 views
  • Patio landscaping: make a nice patio landscaping in your home - 5 views
  • Rahsia Bagaimana RM40 Menjadi Lebih RM10Ribu Melalui Program Ekspress WangPos (Perak) - 5 views
  • Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda? oleh Zamri Nanyan - 5 views
  • Pad Herba Avail Rawatan Sakit Puan. - 5 views

Pages

  • About
  • Archive Pages
  • Iklan Banner percuma
  • Mari Iklan
    • Cara post iklan.
    • Iklan Banner.
    • Iklan Baris Percuma.
  • Tanya Saya…
  • Video Iklan

Categories

  • Laman Web Affiliate (17)
  • Laman Web Jualan (4)
  • Laman Web MLM (15)
  • Laman Web Peribadi (9)
  • Laman Web Syarikat (16)
  • Laman Web Umum (53)
  • Top (6)
  • Uncategorized (1)

Archives

  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • October 2009
  • September 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009

Meta

  • Register
  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Business Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Display Pagerank

Google bot last visit powered by Gbotvisit.com

Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net

counter customizable

Bookmark and Share

Return to top of page

Copyright © 2010 · Delicious Theme on Genesis Theme Framework · WordPress · Log in